Info Kelab


P

ada tahun 2014 jawatankuasa Panitia Matematik SK Bukit Rimau telah merancang pelbagai aktiviti dalam memperbaiki prestasi pencapaian Mata Pelajaran Matematik secara  keseluruhannya. Proses pengajaran dan pembelajaran subjek matematik diajar dan dipelajari dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya bagi tahun 1, tahun 2 , tahun 3 dan tahun 4 (KSSR).
Oleh yang demikian, Panitia Matematik SK Bukit Rimau telah menyediakan pelan bertindak yang sewajarnya dan bersesuaian untuk dijalankan bagi meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran matematik murid sekolah. Di samping itu, dengan adanya pelan strategik, pelan operasi dan juga pelan taktikal yang telahpun dirancang, adalah diharapkan pengurusan Panitia Matematik bagi tahun 2014 akan lebih terancang, sistematik dan juga berkesan.

Matlamat Panitia Matematik agar dapat melaksanakan segala perancangan yang telah diatur pada tahun ini serta menunjukkan pengurusan yang lebih sempurna berbanding tahun sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan