Rabu, 29 Oktober 2014

Seronoknya Matematik

Matematik merupak subjek yang penting dalam kehidupan seharian. Kita tidak dapat mengelak daripada mengaplikasikan Matematik sekaligus bersetuju bahawa Matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.

Namun begitu, minat terhadap Matematik seringkali  menurun  seiring dengan tahap kesusahan dalam mempelajari subjek tersebut. Soalan mengenai ini kerap diutarakan; 
Mengapa kebanyakan kita  gagal menguasai Matematik?

Salah satu sebab kegagalan dalam Matematik adalah  TIDAK MEMAHAMI Matematik.. Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini seperti KURANG LATIHAN, MALU BERTANYA, dan DIRI SENDIRI. Faktor diri sendiri ini cenderung ke arah pemikiran; berkaitan minda dan juga tanggapan. Sekiranya individu itu memilih untuk berfikir dan percaya ke arah yang negatif, hasilnya akan cenderung ke arah tersebut. Disebabkan itulah, "Anda ialah apa yang anda fikirkan."




Berikut merupakan beberapa panduan untuk lebih faham tentang Matematik:

1)  Memberikan TUMPUAN sepenuhnya ketika berada di dalam kelas. Guru-guru akan memberikan tips, panduan dan pelbagai maklumat penting.

2)  Biasakan diri untuk BERTANYA sekiranya tidak faham akan sesuatu tajuk. Guru-guru dan rakan-rakan akan membantu anda. Latihan akan dapat disiapkan apabila anda faham akan tajuk yang sedang dipelajari.

3) Banyakkan membuat LATIHAN. Untuk menguasai Matematik, latihan memainkan peranan penting. Melalui latihan, pelajar akan mendapat pengalaman menjawab pelbagai bentuk soalan. 

4)  Perbetulkan TANGGAPAN anda bahawa Matematik ini bukan merupakan satu subjek yang susah. Anggaplah ia suatu perkara yang penting namun mencabar. Bersedialah untuk menyahut cabarannya!


Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tanamkan minat Matematik dari usia muda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan