Rabu, 29 Oktober 2014
Latih Tubi Online (Tahun 1 - 6)
Di sini ada pautan untuk membuat latihan.
Anda boleh KLIK gambar di bawah ini untuk membuat Latihan Pengukuhan.
~ Selamat Mencuba ~ ^^
Lagu Kanak-kanak: Rumah Nombor
RUMAH NOMBOR
Mari kawan kita belajar
Belajar rumahlah nombor
Baik belajar rajin belajar
Daripadalah tidur
Rumah S A rumah Satu
Satu digit sahaja
Rumah Puluh lepas S A
Dua digit nombornya
Rumah Ratus lepas Puluh
Tiga digit nombornya
Rumah ribu lepas ratus
Empat digit nombornya
Puluh Ribu lepas Ribu
Lima digit nombornya
Ratus Ribu rumah enam
Enam digit nombornya
Rumah juta paling besar
Tujuh digit nombornya
Baik belajar rajin belajar
Daripada terlena
Credit: Lagu Kasdim
Lawatan Kelab Matematik
14 JUN 2014 - Seramai 40 orang murid dan empat orang guru iaitu Pn Zuraini Abd Radzak, En Ahmad Tajuddin Salleh, En Hasmizar Sahaili dan Nurul Afina Raiduan telah menyertai lawatan ke Kuala Lumpur anjuran Kelab Matematik. Kelab Matematik telah memberi kepercayaan kepada Syarikat Mentallink menguruskan dan menyediakan pemandu pelancong bagi lawatan ini.
Tempat yang dilawati ialah Planetarium, Muzium TUDM dan Petrosains. Muzium TUDM murid diberi ceramah tentang hal-hal yang berkaitan dengan pergerakan pesawat. Murid melihat jenis-jenis kapal terbang tentera yang lama. Di Petrosains mereka melihat pameran yang ada di situ. Mengikut perancangan awal, mereka akan pergi melawat ke Aeroangkasa di Subang iaitu pameran kapal angkasa dari Rusia. Tetapi tempat lawatan terpaksa ditukar disebabkan pembatalan pameran Aero angkasa di Subang.
Tempat yang dilawati ialah Planetarium, Muzium TUDM dan Petrosains. Muzium TUDM murid diberi ceramah tentang hal-hal yang berkaitan dengan pergerakan pesawat. Murid melihat jenis-jenis kapal terbang tentera yang lama. Di Petrosains mereka melihat pameran yang ada di situ. Mengikut perancangan awal, mereka akan pergi melawat ke Aeroangkasa di Subang iaitu pameran kapal angkasa dari Rusia. Tetapi tempat lawatan terpaksa ditukar disebabkan pembatalan pameran Aero angkasa di Subang.
Seronoknya Matematik
Matematik merupak subjek yang penting dalam kehidupan seharian. Kita tidak dapat mengelak daripada mengaplikasikan Matematik sekaligus bersetuju bahawa Matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.
Namun begitu, minat terhadap Matematik seringkali menurun seiring dengan tahap kesusahan dalam mempelajari subjek tersebut. Soalan mengenai ini kerap diutarakan;
Mengapa kebanyakan kita gagal menguasai Matematik?
Salah satu sebab kegagalan dalam Matematik adalah TIDAK MEMAHAMI Matematik.. Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini seperti KURANG LATIHAN, MALU BERTANYA, dan DIRI SENDIRI. Faktor diri sendiri ini cenderung ke arah pemikiran; berkaitan minda dan juga tanggapan. Sekiranya individu itu memilih untuk berfikir dan percaya ke arah yang negatif, hasilnya akan cenderung ke arah tersebut. Disebabkan itulah, "Anda ialah apa yang anda fikirkan."
Berikut merupakan beberapa panduan untuk lebih faham tentang Matematik:
1) Memberikan TUMPUAN sepenuhnya ketika berada di dalam kelas. Guru-guru akan memberikan tips, panduan dan pelbagai maklumat penting.
2) Biasakan diri untuk BERTANYA sekiranya tidak faham akan sesuatu tajuk. Guru-guru dan rakan-rakan akan membantu anda. Latihan akan dapat disiapkan apabila anda faham akan tajuk yang sedang dipelajari.
3) Banyakkan membuat LATIHAN. Untuk menguasai Matematik, latihan memainkan peranan penting. Melalui latihan, pelajar akan mendapat pengalaman menjawab pelbagai bentuk soalan.
4) Perbetulkan TANGGAPAN anda bahawa Matematik ini bukan merupakan satu subjek yang susah. Anggaplah ia suatu perkara yang penting namun mencabar. Bersedialah untuk menyahut cabarannya!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tanamkan minat Matematik dari usia muda..
Langgan:
Catatan (Atom)